RSS

langkah membuat belanjawan

Langkah Membuat Pelan Belanjawan

Bagi mewujudkan belanjawan keluarga yang baik, lima langkah yang berikut perlu diambil, iaitu:

Langkah 1: Mengira Nilai Bersih Anda – Menilai situasi semasa anda.

Mengetahui kedudukan anda pada hari ini dari segi kewangan merupakan langkah pertama dalam membentuk pelan kewangan anda. Nilai bersih (aset anda ditolak liabiliti anda) merupakan satu cara mengukur kekayaan yang utama dan ukuran yang dapat memberitahu anda dengan segera situasi kewangan semasa anda. Nilai bersih akan membantu anda menentukan sumber yang boleh gunakan untuk mencapai matlamat kewangan anda. Cara yang paling mudah untuk meningkatkan nilai bersih anda ialah menerusi peningkatan aset (dengan cara membuat penambahan pelaburan daripada aset semasa) atau dengan mengurangkan hutang. Cara lain untuk menilai situasi kewangan semasa anda ialah menerusi pendapatan bersih anda (pendapatan kasar anda ditolak perbelanjaan anda).

Mendapatkan gambaran tepat tentang nilai bersih secara relatifnya adalah mudah. Anda boleh memulakan pengiraan dengan mengira berapa jumlah simpanan anda dalam akaun simpanan dan akaun semasa, bon simpanan (nilai semasa), dan simpanan tetap dan pasaran wang. Juga perlu diambil kira nilai pasaran semasa saham, rumah anda, pelaburan harta tanah, akaun pelan

persaraan dan kepentingan perniagaan. Turut dimasukkan dalam pengiraan ialah nilai serahan anuiti dan nilai serahan insurans hayat anda. Terkandung dalam nilai bersih anda juga barangan peribadi yang bernilai seperti barangan kemas, kenderaan, pakaian, perabot, barangan koleksi, komputer dan sebagainya – iaitu apa-apa yang anda boleh tunaikan dalam bentuk wang.

Dari segi liabiliti pula termasuk gadai janji rumah anda, pinjaman kereta, pinjaman pendidikan, hutang kad kredit, cukai yang belum dibayar, premium insurans dan bil yang tertangguh. Tolakkan liabiliti anda daripada aset anda, itulah yang dinamakan nilai bersih.

Buat pengiraan ini setiap tahun. Nilai yang anda dapati ini akan menjadi tanda aras tentang kedudukan kewangan anda. Adakah nilai bersih anda positif atau negatif atau yang lebih penting daripada itu adakah ia bertambah baik atau bertambah buruk.

Walau bagaimana, perlu diingat, mempunyai nilai bersih yang tinggi tidak semestinya menjamin anda tidak akan menghadapi masalah kewangan. Anda mungkin mempunyai nilai bersih yang tinggi, tetapi masih terdedah dengan kesusahan. Bagaimana? Ini disebabkan kebanyakan aset yang anda miliki tidak cair . Apabila aset tidak cair (sukar ditukar kepada tunai), anda akan terdedah kepada kesusahan apabila anda memerlukan wang tunai dengan segera.

Langkah 2: Menentukan Matlamat Kewangan Anda

Menentukan matlamat kewangan dapat membantu orang ramai mempelajari nilai wang. Matlamat kewangan mencerminkan apa yang anda hendaklah lakukan dengan wang anda dalam satu jangka masa tertentu. Penentuan matlamat akan mendorong anda berbelanja dan menyimpan wang mengikut kaedah yang akan membolehkan matlamat anda tercapai.

Setiap keluarga menentukan matlamat dan merancang hal kewangan mereka berasaskan pada penilaian masing-masing. Walau apa pun jua penilai mereka

sekeluarga, rancangan kewangan mereka andalah suatu ekspresi tentang apa yang paling penting bagi mereka .Umumnya matlamat-matlamat ini meliputi:

  •  Berkahwin
  •  Membeli kereta
  •  Membeli rumah
  •  Membiayai pelajaran anak-anak
  •  Percutian
  •  Persaraan
  •  Perbelanjaan perubatan

Penentuan matlamat keluarga akan membantu anda mengurus wang anda dengan berhemat. Walau bagaimanapun, matlamat anda boleh berubah dari semasa ke semasa supaya dapat memberi dorongan dan insentif kepada anda agar terus membuat perancangan kewangan.

Matlamat terbahagi pada tiga bahagian, iaitu matlamat jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang anda dan keluarga anda. Matlamat jangka pendek boleh dicapai dalam tempoh satu hingga enam bulan, manakala matlamat jangka pertengahan ialah antara enam bulan hingga setahun. Matlamat jangka panjang pula merupakan impian yang ingin dipenuhi dalam tempoh melebihi satu tahun.

Contoh matlamat Jangka pendek Dana kecemasan, membeli perabot dan lain-lain
Jangka pertengahan Membeli kereta, melancong ke luar negara, dana pendidikan dan lain-lain
Jangka panjang Membeli rumah, menunaikan fardu haji, persaraan dan lain-lain
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  •  
    %d bloggers like this: