prinsip dan keedah memasak
Dalam penyediaan sajian, terdapat pelbagai kaedah memasak yang boleh digunakan. Sajian dapat dihasilkan dengan lebih cepat, menarik dan mempunyai kepelbagaian dari segi rasa, rupa, warna dan tekstur. Penyediaan makanan bertambah mudah dan efisyen dengan penggunaan pelbagai jenis alat penjimat masa.
Antara tujuan memasak ialah:-
- keselamatan : Haba panas semamasak akan membunuh mikroorganisma semasa memasak yang terkandung dalan makanan. Ini dapat mengelakkan makanan dari cepat rosak. Toksin asli dalam makanan seperti kacang panggang akan dapar dimusnahkan.
- Memudahkan pencernaan : Makanan dapat dilembutkan setelah masak. Ini menjadikan makanan itu lebih mudah untuk dikunyah dan dicernakan. Contohnya daging, ubi kentang, jenis sayuran dan telur.
- Membaiki rupa dan tekstur makanan : Makanan menjadi lebih menarik dari segi rupa dan tekstur jika dimasak dengan kaedah yang sesuai. Contohnya ikan bilis digoreng dengan garing dan wangi atau ditumis dengan sambal.
- Mempelbagaikan makanan : Makanan boleh dimasak dengan pelbagai cara untuk mempelbagaikan makanan. Contohnya ayam boleh di bakar selain digoreng atau di rebus.
Terdapat pelbagai jenis kaedah memasak, iaitu :-
MENGUKUS
Memasak dalam wap air mendidih seperti apam dan pulut kuning.MEREBUS
Memasak dalam cecair mendidih seperti telur rebus dan bubur nasi.MENCELUR
Memasukkan makanan ke dalam air mendidih dalam masa yang singkat seperi tauge dan mi.
Memasak dalam wap air mendidih seperti apam dan pulut kuning.MEREBUS
Memasak dalam cecair mendidih seperti telur rebus dan bubur nasi.MENCELUR
Memasukkan makanan ke dalam air mendidih dalam masa yang singkat seperi tauge dan mi.
MERENEH
Memasak bahan makanan dalam cecair mendidih menggunakan api perlahan.
Mengambil masa yang lama seperti kari ikan.
MERENDIDIH
Memasak dalam cecair dalam api sederhana dalam masa yang lama seperti rendang daging dan ketupat.
Advertisements