RSS

asas jahitan


kali ni kita akan mempelajari mengenai asas jahitan iaitu merangkumi alatan yang perlu ada untuk mejahit, jenisw-pjenis jahitan, persediaan menjahit dan penyelenggaraan mesin serta contoh pengiraan kos bagi jahitan.


  1. ALATAN JAHITAN
    1. Gunting
      • Kegunaan
        untuk memotong kain dan benang
    2. Jarum peniti
      • Kegunaan
        untuk menyemat kain dan kertas ketika memotong dan menjahit artikel
    3. Penetas
      • Kegunaan
        untuk membuka semula jahitan yang silap
    4. Kapur penanda
      • Kegunaan
        untuk menanda garisan potongan dan jahitan
    5. Pita Pengukur
      • Kegunaan
        untuk mengukur di atas kain dan kertas

  2. MESIN JAHIT
    Sebuah mesin jahit model lama

    1. Jenis dan fungsi mesin jahit
      1. Mesin jahit tangan
        • Mesin jahit lama. menggunakan tangan untuk memusingkan roda imbang
      2. Mesin jahit kaki
        • Mesin jahit yang murah dan popular, menggunakan kaki untuk memusingkan roda imbang
      3. Mesin jahit elektrik
        • Mesin jahit yang menggunakan motor elektrik untuk memusingkan roda imbang
      4. Mesin jahit elektronik
        • Mesin jahit dikawal sebahagian fungsi dan pergerakannya oleh papan elektronik dengan menggunakan kuasa elektrik

    2. Mesin jahit kaki

      Mesin elektrik

      Mesin tangan

      Mesin elektronik
    3. Bahagian mesin jahit
      1. Roda Imbang 2. Tiang Benang 3. Tuas penekan 4. Spring Pemegang
      5. Jarum Benang 6. Gigi Penolak 7. Tiang penggulung benang 8. Pelaras mata jahitan

       

      1. Roda Imbang
        • Kegunaan : Mengawal pergerakan mesin
      2. Tiang Benang
        • Kegunaan : Memegang benang
      3. Tuas benang
        • Kegunaan : Menarik dan mengawal pergerakan benang
      4. Spring pemegang benang
        • Kegunaan : Megawal benang
      5. Gigi penolak
        • Kegunaan : Menolak fabrik semasa menjahit
      6. Tuas pelaras
        • Kegunaan : Melaraskan jarak mata jahitan
      7. jarum
        • Kegunaan : Memasiukkan benang jahitan ke dalam kain
    4. Persediaan sebelum menjahit mesin
      1. Menyediakan benang atas
        1. Letakkan buku benang pada tiang benang
        2. Sediakan jarum mesin
        3. Masukkan benang ke bahagian ceper penegang benang
        4. Masukkan benang ke dalam lubang tuas penegang benang
        5. Masukkan hujung benang ke dalam lubang jarum
          Langkah-langkah memasang benang ats
      2. Menyediakan benang bawah
        Menggulug benang dalam gelendung

        1. Gulung benang dalam gelendung
        2. Masukkan gelendung dalam sekoci

          Memasukkan sekoci
        3. Keluarkan benang bawah
      3. Melaraskan jahitan
        1. Laraskan tuas pelaras mengikut jenis kain yang digunakan

        Melaras jarak jahitan

        Melaras jenis fabrik
    5. Semasa menjahit
      1. Letakkan fabrik di bawah penekan jahitan
      2. Pusingkan roda imbang ke hadapan untuk memasukkan jarum ke dalam fabrik
      3. Pastikan jarum tepat berada di tempat yang dijahit
      4. Turunkan tuas angkat
      5. Tolak roda imbang ke hadapan dan mula menjahit
    6. Selepas menjahit
      1. Hentikan putaran roda imbang
      2. Naikkan jarum mesin
      3. Naikkan tuas angkat
      4. Tarik fabrik ke belakang
      5. Gunting lebihan benang 4 atau 5 cm untuk mematikan jahitan

  3. PENYELEGARAAN MESIN JAHIT
    1. Meminyakkan mesin

    2. Antara bahagian yang perlu diminyakkan

      Tujuan meminyakkan mesin jahit ialah:
      i. Mencegah bahagian-bahagian mesin daripada berkarat
      ii. Melicinkan bahagian-bahagian yang bergerak dan mengurangkan geseraan

    3. Menggantikan jarum
      1. Jarum perlu digantikan sekiranya
        a. tumpul
        b. patah
      2. Longgarkan skru memengan jarum
      1. keluarkan jarum yang tidak diperlukan lagi
      2. Gantikan dan masukkan jarum yang baru
      3. Ketatkan semula pemegang jarum
    4. Mengeluarkan jarum yang patah

    5. Jahitan bermasalah
      1. Mata jahitan longgar
        • Jarum tidak dipasang dengan betul - Betulkan pemasangan jarum
        • Gelengdung tidak dipasangkan dengan betul dalam sekoci - Betulkan pemasangan gelendung
        • Benang atas longgar - tegangkan benang diceper penegang benang

      2. Kelim berkedut
      3. Benang bawah berkedut/berserabut
      4. Mata jahitan melangkau


  • ARTIKAL JAHITAN 

    Artikal jahitan mudah yang boleh dihasilkan adalah seperti berikut:

    1. Sarung tangan
    2. Alas dulang/meja
    3. Tuala tangan
    4. Penutup TV

      Contoh Artikel jahitan : Sarung tangan

  • JENIS JAHITAN HIASAN 

    Jenis jahitan hiasan yang boleh digunakan adalah jahitan tangan seperti berikut:

    1. Jahitan Kia
    2. Jahit Silang Pangkah
    3. Insang Pari

  • PEGIRAAN KOS 
    1. Kos bahan
      • Kos bahan ialah kos yang dikenakan ke atas bahan-bahan yang digunakan semasa mengeluarkan produk
    2. Kos upah
      • Kos Upah ialah kos yang dikenakan untuk membayar upah tenaga kerja x dengan masa kerja
    3. Kos sampingan
      • Kos sampingan ialah lain-lain kos yang dikenakan semasa proses pengeluaran seperti air, elektrik dan sebagainya

    Contoh Kos pengiraan

    Kos Bahan

    Bil Bahan Kuantiti Kos Seunit Kos (RM)
    1 Fabrik benang kapas 0.5 meter RM1.00
    2 Benang jahit RM0.10
    3 Span 0.5 meter RM1.00 RM1.00

    Kos Upah

    1 1 jam x seorang pekerja RM2.00 RM2.00

    Kos sampingan

    1 Elektrik RM0.50 RM0.50

     

     

     

     

     

     

     


  •  

     

     

     

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

  •  
    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    %d bloggers like this: